fbpx

Kerajaan Amerika Syarikat berdepan risiko tutup operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 27 September 2021 menunjukkan bangunan Capitol yang merupakan Parlimen AS di Washington. -- AFP

WASHINGTON – Rundingan bagi mencegah penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berlarutan kelmarin dengan wakil-wakil rakyat bergelut untuk merangka rang undang-undang bajet sementara yang memerlukan kelulusan menjelang esok bagi mengelakkan kerajaan persekutuan lumpuh.

Wakil-wakil rakyat Parti De­mokrat memperkenalkan teks yang akan melanjutkan per­belanjaan kerajaan persekutuan pada kadar semasa, sehingga 23 Disember ini. Ia boleh dikemukakan untuk sesi pengundian di Dewan Perwakilan seawal hari ini (waktu Malaysia).

Situasi semakin genting berikutan anggota-anggota Kongres mempunyai masa hanya  sehingga tengah malam esok untuk meluluskan bajet baharu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peruntukan untuk semua perkhidmatan persekutuan akan dibekukan dan operasi kakitangan awam tergendala.

Jabatan-jabatan dan bangunan kerajaan lain termasuk taman negara, sebilangan muzium dan berbilang organisasi akan terjejas. Ia juga akan memaksa beratus-ratus ribu pekerja persekutuan tidak bekerja.

Penutupan kerajaan paling lama dalam sejarah AS berlaku pada musim sejuk 2018-2019 yang turut menjejaskan operasi pemeriksaan bagasi di lapangan-lapangan terbang.

Di sebalik percanggahan ketara antara kerajaan pimpinan Parti Demokrat dan pembangkang daripada Parti Republikan, kedua-dua belah pihak tidak mahu melihat operasi kerajaan ditutup. Situasi itu boleh menyebabkan huru-hara menjelang musim cuti Krismas. 

Wakil-wakil rakyat Parti Demokrat dan Parti Republikan pada masa ini gagal mencapai persetujuan mengenai bajet untuk tahun fiskal 2023.

“Walaupun kami hampir mencapai persetujuan muktamad untuk menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat AS, membantu keluarga menangani kos sara hidup dan melindungi keselamatan negara, kami sebe­narnya memerlukan masa tambahan,” kata wakil rakyat Demokrat yang mengetuai me­syuarat itu, Rosa DeLauro.

Bajet sementara itu akan memberi masa seminggu lagi kepada Kongres untuk mencapai persetujuan mengenai bajet 2023. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI