fbpx

Jabatan Kimia sahkan 33 tong berisi asid ‘pure’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli

KUALA KANGSAR – Laporan Jabatan Kimia mendapati longgokan 33 tong yang dibuang secara haram di kawasan lapang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini Oktober lalu berisi bahan kimia bersifat asid yang sangat tinggi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, tindakan segera telah diambil dengan memindahkan bahan berbahaya itu ke lokasi lebih selamat untuk dilupuskan.

“Bahan itu masih berada dalam kawasan premis pemilik tanah, ini kerana kita mahu letakkan tanggungjawab kepada pemilik tanah sekiranya tidak menemui pelakunya.

“Siasatan masih dilakukan dan mungkin dalam masa terdekat, kita boleh rumuskan untuk membuat keputusan sama ada kes ini boleh dibawa (ke mahkamah) atau tidak.

“Ataupun mengenakan tindakan kepada tuan tanah kerana membenarkan tanahnya menjadi tapak untuk ditempatkan bahan buangan yang tidak sepatutnya ada di situ,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi bersepadu kilang haram di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada petunjuk baharu diperoleh berkaitan pelaku yang bertanggungjawab dalam pembuangan bahan berbahaya itu.

“Kita sedang cuba mengenal pasti pelakunya dan dalam masa sama perlu segera menutupnya sebab bahan itu berbahaya dan perlu dilupuskan.

“Bagaimanapun, untuk melupuskan bahan itu perlu mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI