fbpx

Alif Satar, The Locos jumpa Mufti Menk di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF Satar bersama empat anggota kumpulan The Locos berada di Madinah bagi mengerjakan umrah sejak kelmarin.

PETALING JAYA – Sudah tertulis rezeki penyanyi Alif Satar yang ketika ini sedang mengerjakan umrah bertemu pendakwah terkenal, Ismail Menk atau Mufti Menk di Masjid Nabawi, Madinah, semalam.

Pelakon merangkap hos popular itu berkata, dia sanggup meredah lautan manusia untuk ke masjid tersebut sebaik mengetahui kehadiran pendakwah asal Zimbabwe itu.

“Ketika mengetahui adanya Mufti Menk di Madinah, saya sedang tonton Instagram (IG) Live beliau dan terus berlari ke masjid mencarinya.

“Saya tahu amat susah di tengah lautan manusia, siap tanya pekerja pembersihan ada terserempak Mufti Menk tak? Tetapi dia pun tidak pasti.

“Dalam hati saya berkata, insya-Allah, jika rezeki saya, maka Allah akan makbulkan. Kemudian, beliau muncul dan solat di sebelah saya. Allahu Akhbar.

“Saya sangat berbesar hati dapat berjumpa tuan secara peribadi,” luahnya berkongsi detik berharga itu dalam Instagram.

Penyanyi Akhiri Penantianku itu tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada ikon agamawan tersebut yang selama ini banyak menyuntik semangatnya.

“Terima kasih atas video yang membantu saya melalui masa sukar. Semoga Allah permudahkan segalanya untukmu, ameen,” ucapnya.

Cendekiawan Islam global itu mengelilingi dunia menerusi sesi perkongsian ilmu bagi menyebarkan pesanan sambil mempersiapkan akhirat.

Mufti Menk juga dinobatkan sebagai salah seorang daripada 500 Muslim Paling Berpengaruh serta dianugerahkan gelaran Doktor Terhormat daripada Universiti Aldersgate.

Alif, 32, turut berkongsi video dia berjalan bersama Mufti Menk yang dilihat memperuntukkan masa seketika untuk berbual dan bergambar dengannya.

Dalam hantaran lain, dia menyatakan turut bersemuka seorang lagi tokoh yang juga antara sembilan imam di Masjidil Haram iaitu Abdul Rahman Al-Sudais.

Alif yang mengerjakan umrah bersama empat ahli kumpulan The Locos berada di Madinah sejak kelmarin, sebelum bergerak ke Mekah.

Pemergian kali pertama bapa tiga anak itu ke Tanah Suci adalah bersama isterinya, Shadila Halid pada 2016 iaitu dua tahun selepas mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI