fbpx

Wanita cedera tong gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa akibat kejadian tong gas meletup di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Tasek Gelugor, di sini pagi tadi.

TASEK GELUGOR – Seorang wanita dilaporkan cedera selepas tong gas petroleum di bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat meletup di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.13 pagi.

Menurutnya, sebaik pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan letupan di dalam rumah.

“Letupan telah mengakibatkan kemusnahan hampir keseluruhan bangunan dan terdapat seorang mangsa wanita berbangsa Melayu yang cedera.

“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI