fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak antara tiga cedera insiden permainan ‘fun fair’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang cedera dalam kejadian di pesta ria di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Suasana di sebuah pesta ria atau ‘fun fair’ di Bandar Puncak Alam di sini, gempar apabila tiga individu termasuk kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.50 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa melibatkan seorang kanak-kanak dan dua wanita.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.

“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Ramli, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Tambah beliau, pesta ria itu turut diarah tutup serta merta bagi siasatan lanjut.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih satu minit dan beberapa keping gambar di media sosial berhubung kejadian tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI