fbpx

Lelaki rugi AS$30,000, ditipu warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang ditinggalkan suspek selepas melarikan duit mangsa di hadapan sebuah restoran, di Ampang Jaya, tengah hari tadi.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki tempatan berputih mata selepas wang AS$30,000 miliknya yang ingin ditukarkan kepada mata wang Malaysia dilarikan lelaki warga asing dalam kejadian di hadapan sebuah restoran, di sini, tengah hari tadi.

Ketika kejadian itu, mangsa bersama rakannya berada di dalam kereta yang dipandu suspek sebelum berhenti di hadapan restoran lalu turun berbincang tentang pertukaran wang tersebut.

Selepas persetujuan dicapai, mangsa mengeluarkan wang tunai sebanyak AS$30,000 dari beg sandangnya namun secara tiba-tiba, suspek telah merampas beg tersebut lalu melarikan diri ke arah sebuah kereta dipercayai Toyota Vios.

Menurut mangsa, kenderaan yang dinaiki suspek itu mempunyai pemandu yang tidak dikenali dan telah melarikan diri bersama wang mangsa dan meninggalkan kereta yang dibawanya pada awal kejadian.

Suspek turut meninggalkan sejumlah wang ringgit Malaysia disyaki palsu kepada mangsa , mangsa merasakan dirinya ditipu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata,  siasatan awal mendapati mangsa berjumpa dengan suspek atas urusan hendak menukarkan wang AS$30,000.

“Mangsa dijanjikan suspek mendapat RM150,000 yang mana akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 hasil dari pertukaran wang tersebut.

“Mangsa mengenali suspek melalui rakannya turut ada semasa kejadian berlaku dan kejadian ini pertama kali berlaku keatas mangsa kerana sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, tiada mangsa yang tercedera di dalam kejadian ini dan kes disiasat bawah Seksyen 395 dan 489C Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI