fbpx

Jangan politikkan pemecatan KPPA – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan isu penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA) sebagai modal politik yang boleh mengelirukan mana-mana pihak.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, keputusan telah dibuat bersandarkan hasil dapatan daripada jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan dan semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran yang berguna.

Ujar Adnan, keputusan penamatan yang diambil itu juga telah melalui prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Cuepacs mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shafiq atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang perkhidmatan yang diberikan.

“Walau apa jua yang berlaku, jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam amat dihargai oleh Cuepacs dan kami kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Mohd Shafiq,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata, pihaknya juga menyeru semua warga perkhidmatan awam untuk terus bergerak ke hadapan dan tidak memanjangkan isu penamatan perkhidmatan ini sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada masa sama, Adnan menggesa semua pihak termasuk pegawai lantikan politik dalam perkhidmatan awam menjadikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan.

Jelasnya, Perdana Menteri telah memberi panduan bahawa mereka yang berada dalam kerajaan perpaduan ini harus menghormati proses kerjasama dengan penjawat awam dalam usaha pemulihan negara.

“Cuepacs juga berharap semua penjawat awam menyahut seruan Ketua Setiausaha Negara untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai KKPA telah ditamatkan mulai semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu diambil setelah melalui semua prosedur PDKA dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI