fbpx

Anwar terima ucapan tahniah daripada PM Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menerima panggilan daripada Trudeau pagi tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pagi tadi.

Ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dibuat menerusi panggilan telefon oleh Trudeau.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau turut membincangkan potensi kerjasama baharu antara kedua-dua negera termasuk pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, serta hubungan sesama insan.

“Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi,” tulisnya.

Anwar berkata, Malaysia dan Kanada telah menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada tahun 2021.

“Manakala, nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan adalah RM789 juta,” kata beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI