fbpx

Totalife merentasi sempadan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danny Chew (kanan) menerima sijil daripada wakil Malaysia Book of Records atas kejayaan Totalife mencatat jualan tertinggi secara online dalam tempoh sejak tahun lalu dalam satu majlis di Shah Alam baru-baru ini.

Memiliki penguasaan pasaran yang kukuh di Malaysia dengan kejayaan menembusi beberapa negara di ASEAN seperti Singapura dan Indonesia membolehkan syarikat Totalife (M) Sdn. Bhd. (Totalife) selaku pengeluar produk penjagaan kesihatan, kecantikan dan pelangsingan badan terkenal terus mendepani cabaran mendatang dengan lebih agresif.

Disokong oleh komitmen para pengedarnya yang telah bertambah kepada 40,000 orang termasuk dari negara jiran, selain produk yang dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) bertaraf global telah membolehkan syarikat mencatat jualan menggalakkan dengan sasaran sehingga RM50 juta tahun depan.

Meskipun harga jualan produk makanan tambahan keluarannya mencecah sehingga ribuan ringgit tetapi testimoni positif daripada pelanggan setia yang menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan manfaat kesihatan yang baik telah meningkatkan kepercayaan pelanggan untuk terus setia.

Tidak hairanlah apabila sambutan ulang tahun ke-27 syarikat di sebuah pusat persidangan di Shah Alam baru-baru ini dengan dihadiri oleh lebih 2,000 pengedar dari seluruh negara termasuk negara jiran itu berlangsung dengan gilang gemilang sehingga memakan masa lebih enam jam untuk merai serta mengiktiraf kejayaan sebahagian daripada ahlinya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew, kejayaan tersebut telah memberi inspirasi kepadanya dan juga pengurusan kanan syarikat untuk berusaha lebih gigih menjelang tahun akan datang bagi membantu membangunkan lebih ramai usahawan yang berjaya dalam empayar perniagaan Totalife.

“Kami akan melancarkan beberapa lagi produk baharu tahun depan dan pastinya produk baharu ini akan membawa masuk pengedar dan pelanggan baharu, jadi kami yakin sasaran jualan sehingga RM50 juta pada tahun depan, bakal dicapai,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun tersebut.

Kosmo!: Berapa sasaran jualan syarikat pada tahun hadapan?
Chew: Setelah berlakunya pandemik Covid-19, kesedaran masyarakat umum terhadap kesihatan semakin meningkat.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami telah melancarkan produk-produk bioteknologi yang eksklusif dan ia telah mendapat sambutan pasaran yang sangat hangat serta jualan yang sangat bagus di Malaysia.

De­ngan itu, kami menyasarkan jualan syarikat pada tahun 2023 boleh mencapai sehingga RM50 juta disokong oleh perancangan pelancaran produk bioteknologi dan pelan pemasaran yang sempurna.

Apakah faktor yang menyebabkan sasaran tersebut mampu dicapai?
Setelah melancarkan produk Bioteknologi yang pertama iaitu SOLUS I pada tahun 2020, kami mendapati produk ini dan gene­rasi produk ini seterusnya juga akan mendapat sambutan yang amat bagus daripada pasaran luar Malaysia.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk menembusi pasaran baharu pada tahun hadapan termasuk di Sabah, Sarawak dan Brunei, Hong Kong dan Taiwan yang merupakan negara paling hebat dalam industri jualan langsung.

Kami telah mencapai jualan tahunan sebanyak RM10 juta melalui pelancaran SOLUS I. Kemudian, syarikat telah memper­tingkatkan formulasi produk dengan melancarkan SOLUS II. Pada masa sekarang, SOLUS II telah menyumbang jualan sebanyak RM30 juta.

Sehubungan itu, dengan pelancaran produk SOLUS III baru-baru ini, kami percaya sasaran jualan sebanyak RM50 juta pada tahun 2023 akan dapat dicapai kerana permintaan pasaran semakin bertambah.

Apa perancangan syarikat pada tahun 2023?
Selain membuka pasaran yang baharu dan melancarkan produk bioteknologi yang baharu, kami merangka untuk mening­katkan pengedar sebanyak tiga kali ganda.

Dengan itu, kami akan me­ningkatkan anjuran aktiviti sebanyak dua kali ganda dan banyak menganjurkan sesi perkongsian ilmu antara doktor dan pakar berkaitan kesihatan dari Taiwan dengan pelanggan.

Di samping itu, kami merangka untuk bekerjasama dengan pakar-pakar profesional dalam industri lain untuk menembusi pasaran industri yang berlainan bagi produk Totalife.

Selain itu, kami merancang untuk membawa masuk pasukan kajian dan pembangunan (R&D) dari Taiwan ke Malaysia dalam tempoh dua tahun ini. Inisiatif ini akan dapat meningkatkan nama dan imej Malaysia dalam bidang produk R&D.

Kami juga telah merancang untuk be­kerjasama dengan syarikat Taiwan disenaraikan yang terdiri daripada pakar kedoktoran dan pembekal suplimen serta kilang pembuatan produk.
Melalui kerjasama ini, Totalife bakal menjalankan aktiviti pemasaran untuk produk-produk eksklusif di pasaran.

Apa produk baharu yang akan dilancarkan nanti?
Kami telah melancarkan produk SOLUS III bersempena majlis ulang tahun syarikat baru-baru ini. Produk ini merupakan satu hasil kajian yang berjaya mencatat rekod kajian dalam bidang sains bioteknologi dan telah mewujudkan permintaan produk yang amat tinggi dalam pasaran.

Selain itu, kami juga akan memperkenalkan produk bioteknologi dalam bidang menurunkan berat badan serta pelangsingan. Pelan ini adalah untuk memperkenalkan satu kaedah terbaik dan sihat bagi menurunkan berat badan dengan cara yang lebih efektif kepada masyarakat umum pada masa yang sama dapat mencatat pertumbuhan yang baik dalam bidang tersebut.

Berapa ramai pengedar ketika ini?
Pada masa ini, Totalife mempunyai sebanyak 40,000 pengedar dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kami merancang untuk meningkatkan jumlah pengedar kami antara dua hingga tiga kali ganda pada tahun 2023 hingga 2024 melalui pasaran baharu yang akan ditembusi nanti.

Bagaimana potensi perniagaan di Indonesia selepas me­nembusi negara jiran sejak tiga tahun lalu?
Pandemik Covid-19 tidak menghalang syarikat meluaskan pasaran di luar negara. Perniagaan kami di Indonesia masih berjalan dengan baik dan telah berkembang dari Medan ke Jakarta, Surabaya dan Aceh. Kami yakin akan berkembang lagi di sekurang-kurangnya tiga ne­geri lagi di Indonesia tahun depan.

Apa perkembangan terbaharu tawaran awam awal?
Kami menyasarkan untuk melaksanakan IPO sama ada di Singapura atau Malaysia dalam masa dua tahun akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI