fbpx

Piala Dunia: Jurulatih Arab, Afrika punya kaliber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REGRAGUI kini mula menjadi sebutan selepas berjaya membawa Maghribi melakar sejarah di pentas Piala Dunia Qatar. – AFP

DOHA – Pengendali Maghribi, Walid Regragui merasakan sudah tiba masanya kelab gergasi di Eropah memberi peluang kepada mana-mana jurulatih berbangsa Arab dan Afrika untuk membimbing pasukan.

Mengakui sebelum ini agak sukar untuk jurulatih dari dari be­nua berkenaan membina kerjaya di Eropah, Regragui berharap pencapaian baik negaranya di Pia­la Dunia menyebabkan persepsi itu wajar dinilai semula.

Menurutnya, pasaran perpindahan tidak lagi boleh tertumpu kepada hanya pemain-pemain dari benua berkenaan sebalik­nya terdapat ramai jurulatih dan pengurus yang turut memiliki kualiti serta berkaliber.

“Persoalan ini mungkin le­bih baik ditanya kepada kelab Eropah, kenapa mereka tidak mengambil jurulatih Arab. Saya fikir hari ini adalah mustahil untuk Manchester City atau Barcelona bawa jurulatih Arab.

“Kini terpulang kepada kami untuk menunjukkan yang kami sudah pun bersedia,” katanya.

Sejak mula terbabit dalam bidang kejurulatihan, Ragragui akui dirinya tidak pernah mendapat perhatian, namun pencapaian Maghribi di Piala Dunia ketika ini seakan keajaiban besar.

“Sepuluh tahun saya jadi jurulatih dan tidak ada siapa pun melihat saya,” jelasnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI