fbpx

Luahan pembaca: Pesta buku PPAS meriah, tapi tiada bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesta Buku PPAS di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam.

SAUDARA PENGARANG,

Tahniah diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kerana menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sambutan luar biasa diterima daripada ratusan pempamer yang mengambil bahagian. Pesta itu berlangsung pada 1 Disember lalu hingga semalam.

Namun, amat menyedihkan apabila bekalan air di tandas dan surau untuk kegunaan pengunjung kerap mengalami gangguan hingga merencatkan kemeriahan acara.

Kelmarin saya membawa anak-anak untuk membeli buku. Apabila hendak menggunakan surau dan tandas, saya kecewa dengan bekalan air di situ. Selangor dikenali negeri terkaya di Malaysia, tetapi bekalan air tidak dapat ditangani secara profesional?

Langsung tidak kelihatan tangki syarikat bekalan air diletakkan di pusat konvensyen itu untuk tujuan kecemasan jika berdepan masalah gangguan bekalan air.

Saya difahamkan masalah itu tidak berlaku pada malam kelmarin sahaja, tetapi secara kerap. Apa akan jadi agaknya sekiranya ada pengunjung yang ingin membuang air besar ketika itu dan apabila hendak bersuci, tengok-tengok air pula tiada.

Segelintir pengunjung terpaksa pula membeli air mineral untuk mengambil wuduk lalu botol dibiarkan bersepah di dalam surau. Sangat memalukan.

Pencinta buku,
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI