fbpx

Luahan pembaca: Terminal bas sementara umpama ‘kandang lembu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di Terminal Bas Sementara di Lembah Sireh, Kota Bharu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Saudara pengarang,

Baru-baru ini saya berkesempatan menghantar anak saudara menaiki bas di Terminal Bas Sementara di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Sewaktu kami tiba di terminal berkenaan hujan lebat menyebabkan orang ramai bersesak dalam kawasan terminal sementara menunggu bas untuk ke destinasi masing-masing.

Lebih menyedihkan, ramai yang merungut kerana bukan sahaja ketiadaan tempat duduk, malah atapnya juga bocor sehingga menyebabkan mereka terkena tempias air hujan.

Selain itu, terdapat juga air bertakung di beberapa kawasan sekitar terminal sehingga kasut dan beg yang dibawa penumpang basah terkena air serta lumpur.

Difahamkan kawasan sekitar terminal itu turut menjadi tempat lembu dan kambing ‘melepak’ dan mungkin sebahagian air dan lumpur tadi sudah bercampur dengan najis haiwan berkenaan.

Bukan niat saya untuk memperlekehkan terminal bas sementara yang sudah wujud lebih 10 tahun itu, tetapi jika ia diselenggara dengan baik saya yakin hentian ini lebih selesa dan selamat kepada penumpang.

Jangan kita hanya pandai berkokok di media sosial, kerana tiada siapa akan peduli!

Yang menanggungnya rakyat, terminal kekal yang dijanjikan akan dibina sebelum ini hanya berdiri teguh batu asas dan papan tandanya sampai bila-bila.

Rakyat Marhen
Lundang, Kota Bharu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI