fbpx

Luahan pembaca: Ibu bapa pendek hasilkan zuriat bantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Saudara Pengarang,

kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati satu daripada lima atau 21. 8 peratus kanak-kanak di Malaysia berusia lima tahun ke bawah termasuk dalam golongan tumbesaran terbantut.

Ibu bapa sukar menyedari tumbesaran anak mereka mempunyai masalah kerana ketinggian mempunyai ukuran yang berbeza-beza dalam sesebuah populasi.

Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa iaitu jangkaan ketinggian anak berdasarkan jantina dan umur yang boleh didapati dalam bentuk persentil atau sisihan piawai.

Carta itu boleh didapati secara online daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, doktor pediatrik atau laporan sekolah.

Kedua ialah genetik yang diwarisi daripada ibu bapa. Jika ibu bapa pendek maka anak sepatutnya begitu dan sebaliknya.

Ketiga, kepantasan tumbesaran. Jika ia membesar pada kadar biasa tetapi tumbesarannya perlahan, ia patut menjadi kebimbangan ibu bapa.

Faktor bantut ialah disebabkan varian normal bertubuh pendek, dilahirkan dengan tubuh rendah dan punca sekunder seperti kekurangan nutrisi termasuk malnutrisi protein-kalori, kekurangan zat besi dan vitamin D.

Ibu bapa perlu segera membawa anak-anak berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda tersebut kerana diagnosis yang lewat akan memendekkan tempoh masa untuk pemulihan kerana tulang akan matang sejajar dengan masa.

Dr. Wu Loo Ling
Perunding kanan pediatrik dan endokrinologi pediatrik
Pusat Perubatan Subang Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI