fbpx

KKM bincang isu dana RM600 bilion, GEG minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua kanan) melawat ruang fasiliti yang terdapat di Pusat Jantung Hospital Serdang. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/

SERDANG – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung siasatan penyelewengan dana RM600 bilion bagi pengurusan Covid-19.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan berhubung perkara tersebut.

“Berkaitan isu RM600 bilion, saya masih menunggu kemas kini daripada KKM, jumlah yang terlibat (dalam penyelewengan) juga kita akan peroleh selepas taklimat.

“Kita akan dapatkan maklumat selepas mesyuarat taklimat penuh termasuk isu GEG yang akan diadakan dalam sehari dua ini.

“Saya minta maaf saya tidak dapat jawab hal itu, Insya-Allah akan selesaikan dalam minggu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Jantung Hospital Serdang di sini hari ini.

Tambah Zaleha lagi, pihaknya akan berbincang berkaitan pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dalam masa terdekat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan.

Walau bagaimanapun belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19.

Fokus siasatan terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI