fbpx

Jalur Gemilang belakang tiang gol di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagjit mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Al Thumama dengan penuh rasa bangga.

PETALING JAYA – Jalur Gemilang yang berkibar di Stadium Al Thumama, Qatar sewaktu perlawanan di antara Morocco-Portugal dikibarkan penuh bangga oleh seorang lelaki rakyat Malaysia, Jagjit Singh.

Kebenaran tersebut diungkapkan oleh Jagjit sendiri menerusi hantarannya di Facebook sekali gus menjawab persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya siapa agaknya individu di sebalik layar yang bertindak mengibarkannya

“Sayalah yang meletakkan jalur gemilang itu di belakang tiang gol,” katanya yang sedang memakai baju jersi Harimau Malaya.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat negara ini berterima kasih kepadanya serta meluahkan rasa bangga apabila melihat bendera Jalur Gemilang tersebut megah berkibar di bumi asing

“Terbaik Mr Jagjit Sing. Sentiasalah berbangga dengan negara sendiri,” tulis Ahmad Ibhrahim Saaya di Facebook.

“Inilah rakyat Malaysia, tahniah kerana telah mewakili Malaysia ke Piala Dunia,” komen Mohd Muzamil pula.

“Terima kasih Jagjit. Usaha yang baik. Rakyat Malaysia bangga dengan anda,” tulis pengguna, Eddy Salman.

Terdahulu, tular sebuah gambar serta video memaparkan Jalur Gemilang yang digantung di antara bendera-bender lain seperti bendera Maghribi iaitu di hadapan tempat duduk para penonoton sekali gus dapat dilihat secara langsung apabila kamera dihalakan kearah tiang gol.

Hantaran tersebut telah meraih lebih daripada 2,000 tanda suka meraih pelbagai maklum balas yang positif setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI