fbpx

Amerika Syarikat berdepan ancaman ‘tripledemic’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di kawasan jangkitan tinggi covid-19 disyorkan memakai pelitup muka di AS. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Pegawai-pegawai kesihatan awam menilai  semula topik pemakaian pelitup muka kerana tiga virus pernafasan yang sangat mudah menular berlaku pada musim cuti Krismas tahun ini, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky seperti dilaporkan portal berita NPR semalam.

Sejak beberapa minggu lalu, lonjakan kes Covid-19, virus sinsitium selesema dan pernafasan yang dikenali sebagai RSV direkodkan di AS.

Wabak itu mengakibatkan ramai  pesakit membanjiri  bilik-bilik kecemasan,   bahkan menyebabkan kekurangan ubat sejuk manakala ancaman tiga virus pernafasan itu kali ini disebut ‘tripledemic’ oleh beberapa pakar kesihatan.

Walensky menyatakan, gabungan virus serentak itu telah membebankan sistem penjagaan kesihatan di seluruh AS.

Peta pusat yang menjejaki tahap komuniti covid-19 menunjukkan lebih banyak kawasan oren baru-baru ini iaitu warna yang menunjukkan jangkitan tinggi, kata Walensky kepada Alisa Chang daripada  NPR.

“Untuk melindungi masyarakat dalam keadaan seperti itu pada tahap tinggi ni, kami telah mengesyorkan dan terus mengesyorkan agar komuniti terbabit  memakai pelitup muka,” katanya.

Peta tahap komuniti covid-19 terbaharu CDC menunjukkan lebih daripada  9 peratus daerah di AS  dianggap mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. 

Agensi persekutuan itu turut mengesyorkan agar penduduk yang tinggal di kawasan tersebut mengamalkan pemakaian pelitup muka,  namun secara amnya, kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak digalakkan memakainya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI