fbpx

Langganan TwitterBlue dilancarkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar pada 18 November lalu menunjukkan Elon Musk dan logo Twitter. -- AFP

NEW YORK – Selepas beberapa permulaan palsu, Twitter mengumumkan kelmarin bahawa ia akan melancarkan semula perkhidmatan langganannya minggu depan, termasuk sistem untuk mengesahkan kesasihan akaun di platform berkenaan.

“Kami melancarkan semula @TwitterBlue hari ini dengan langganan di web pada harga AS$8 (RM35.23) sebulan atau menerusi iOS (Apple) pada harga AS$11(RM48.44) sebulan yang menawarkan ciri-ciri khusus untuk pelanggan sahaja, termasuk tanda semak biru,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tanda semak biru pada akaun menunjukkan ia telah disahkan oleh Twitter. Sebelu ini, ciri tersebut adalah percuma tetapi dikhaskan untuk organisasi dan tokoh awam dalam usaha mengelakkan penyamaran dan penyebaran maklumat salah atau palsu..

Selepas membeli Twitter pada Oktober lalu, bilionair Elon Musk mengumumkan hasrat mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat tanpa bergantung kepada iklan semata-mata. Justeru, beliau beralih kepada formula pembayaran baharu untuk ciri premium.

Versi pertama dilancarkan 10 hari selepas Musk mengambil alih Twitter awal November lalu tetapi ia menimbulkan kekecohan apabila banyak akaun palsu muncul menyamar sebagai selebriti atau syarikat. Versi tersebut segera digantung.

Di bawah tawaran baharu itu, akaun yang mahu menggunakan tanda semak biru akan disemak semula oleh Twitter.

Tanda semak akan menjadi warna emas untuk perniagaan dan kelabu untuk organisasi kerajaan.

Pelanggan juga akan dapat mengakses fungsi seperti mengedit mesej selepas ia diterbitkan dan keistimewaan memuat turun video berkualiti tinggi.

“Terima kasih atas kesabaran anda kerana kami telah berusaha untuk menjadikan Blue lebih baik,” kata Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI