fbpx
MAYAT mangsa ditemui di dalam kereta berwarna merah di Subang. - Tribun

Suami bakar isteri di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kes penemuan mayat seorang wanita yang terbakar di dalam sebuah kereta di Subang, Jawa Barat akhirnya berjaya dirungkai, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Suspek diberkas polis dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas mayat Muflihah, 29, ditemui di dalam sebuah kereta Daihatsu Ayla berwarna merah.

Pelaku ialah suami mangsa sendiri, Rohjaya, 43. Muflihah dikatakan berasal dari Cirebon, Jawa Barat.

“Mangsa ialah seorang penghibur di Cirebon sebelum menjadi isteri kedua suspek. Mereka bertemu di tempat hiburan,” kata Ketua Polis Subang, AKBP Sumarni dalam sidang media semalam.

Rohjaya membunuh Muflihah kerana kecewa isterinya bekerja di tempat hiburan. Suspek menikam mangsa di rumah mereka pada Khamis lalu sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

“Mangsa kemudian dibawa ke kereta, sebelum dibungkus dengan pakaian milik suspek dalam posisi meniarap,” kata Sumarni.

Rohjaya kemudian memandu kereta milik mangsa dari rumah mereka menuju ke Jakarta.

“Mangsa dibawa menuju ke  Pusakanagara, Subang. Setibanya di depan sebuah bangunan kosong, suspek menyiram mayat mangsa dengan minyak diesel dan membakarnya.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki bas ke Jakarta,” tambah Sumarni.

Menurut Sumarni, mangsa mengalami kesan tikaman pada leher. Selain itu, polis turut berjaya mendapatkan beberapa bukti pembunuhan tersebut.  

“Bahan bukti yang diperoleh termasuk pakaian mangsa dan pakaian pelaku yang dipenuhi darah, separuh air botol 1.5 liter dan sebuah kereta. Pisau yang diguna untuk menikam mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Subang. Dia berdepan pertuduhan di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun. – Agensi

POPULAR