fbpx

Polis rungkai misteri ‘Budak dalam Kotak’ selepas 65 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKARAN polis menunjukkan Joseph Augustus Zarelli. -- AFP

NEW YORK – Polis Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya menggunakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) moden dan analisis genealogi (salasilah) untuk mengenal pasti identiti seorang budak lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah kotak kadbod di Philadelphia lebih 65 tahun lalu.

Kes dinamakan ‘Budak dalam Kotak’ itu merupakan antara jenayah pembunuhan yang gagal diselesaikan di Philadelphia.

Komisioner Polis Philadelphia, Danielle Outlaw menamakan budak lelaki itu sebagai Joseph Augustus Zarelli.

Mayatnya yang teruk dibelasah ditemui dibalut selimut di dalam kotak berkenaan di sebuah kawasan belukar di Philadelphia pada tahun 1957.

“Budak lelaki itu kelihatan tidak cukup zat, mayatnya mempunyai kesan trauma baharu dan lama. Jelas kanak-kanak ini menjadi mangsa kekejaman yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapapun,” kata Outlaw kepada pemberita.

Bedah siasat merumuskan bahawa budak lelaki itu berumur antara empat hingga enam tahun tetapi tiada siapa tampil menuntut mayat mangsa, manakala beratus-ratus pentunjuk dan maklumat gagal membawa kepada pengenalan identitinya.

Polis menggali semula kubur mangsa dalam tahun 2019 susulan pembangunan teknik forensik baharu.

Keputusan ujian itu dimuat naik ke dalam pangkalan data DNA dan dianalisa oleh pakar-pakar genealogi. Mereka berjaya mengenal pasti saudara-mara daripada sebelah ibu mangsa, kata seorang pegawai polis, Kapten Jason Smith.

Ahli-ahli genealogi itu turut mengesahkan nama ibu Zarelli, manakala rekod berkenaan turut menyenaraikan bapa mangsa. Smith tidak mendedahkan nama mereka tetapi berkata, mangsa mempunyai beberapa adik-beradik yang masih hidup. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI