fbpx

Bilionair belanja 10,000 kakitangan bercuti ke Disney World

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Griffin menampung seluruh perbelanjaan kakitangannya ke Disney World. - News18

WASHINGTON – Seorang bilionair di Amerika Syarikat (AS) membiayai percutian selama tiga hari ke taman tema Disney World untuk 10,000 pekerjanya secara percuma, lapor akhbar India Times semalam.

Ken Griffin, 54 menampung semua perbelanjaan beribu-ribu kakitangan syarikat Citadel dan Citadel Securities untuk bercuti di taman tema Disney World yang terletak di Florida pada hujung minggu lalu.

Griffin turut membayar tiket penerbangan pekerjanya dari New York, Houston, Paris, Zurich dan bandar-bandar lain. Beliau juga menampung kos hotel, tiket taman dan makanan.

Sebagai tambahan kepada pakej percutian itu, Griffin turut menyediakan hiburan kepada pekerjanya dengan mengadakan konsert oleh kumpulan rock Britain, Coldplay.

Percutian itu menandakan ulang tahun ke-20 Citadel Securities dan ulang tahun ke-32 syarikat dana lindung nilai, Citadel.

Griffin merupakan manusia ke-40 paling kaya di dunia dengan nilai hartamencecah AS$31.7 billion (RM139 bilion). Justeru, beliau mampu mengeluarkan wang untuk menyediakan hiburan kepada pekerja-pekerjanya.

Percutian itu menjadi tanda ucapan terima kasih kepada kakitangannya atas kerja keras mereka selama setahun dan pulangan yang tinggi.

“Kita telah membina pasukan luar biasa bukan sahaja dalam sejarah syarikat, tetapi juga dalam sejarah kewangan. Kita mempunyai masa hadapan yang luar biasa dan saya menantikannya,” kata Griffin kepada pekerjanya.

Menurut jurucakap syarikat itu, Zia Ahmed, tahun ini akan menjadi rekod untuk Citadel dan Citadel Securities.

Firma dana lindung nilai itu menguruskan aset bernilai AS$59 bilion (RM258.9 bilion) yang merupakan angka yang lebih tinggi daripada nilai bersih Griffin.

Citadel Global Fixed Income Fund juga meningkat 28.1 peratus untuk tahun ini dan Citadel Tactical Trading Fund meningkat 22.4 peratus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI