fbpx

Traktor terlaju dunia lebih pantas daripada kereta sport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Traktor keluaran syarikat JCB mempunyai kelajuan tinggi jika diubah suai malah boleh menandingi kepantasan beberapa buah kereta sport. -Oddity Central

LONDON – JCB Fastrac Two ialah traktor keluaran syarikat JCB Fastrac yang telah dipertingkatkan prestasi dan mampu mencapai kelajuan sehingga 247 kilometer sejam (km/j) , lapor portal berita Oddity Central.

Sebuah pasukan pengeluar traktor JCB berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk traktor terpantas menggunakan jentera yang sudah diubah suai dan mencatatkan kelajuan purata 217.6 km/j dan kelajuan kemuncak 247 km/j.

Dikuasakan oleh enjin Dieselmax 7.2 liter, 6 silinder proprietari JCB, Fastrac Two yang memecahkan rekod itu mempunyai  1,016 kuasa kuda yang disokong oleh tork lebih 2,500 Nm. 

“Mendapatkan traktor seberat lima tan untuk mencapai kelajuan 241.40 km/j dengan selamat dan berhenti bukanlah tugas yang mudah.

“Kami semua sangat berbangga kerana bukan sahaja mencapai matlamat ini tetapi telah melebihinya,” kata Ketua Pegawai Inovasi dan Pertumbuhan JCB, Tim Burnhope. 

Beberapa buah kereta sport mempunyai purata had laju yang lebih rendah daripada traktor tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN