fbpx

Mahkamah: 25 hari bicara bela diri Siti Bainun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun.

KUALA LUMPUR – Prosiding bicara bela diri Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali ditetapkan selama 25 hari bermula Januari hingga Mac 2023.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menetapkan tarikh baharu bermula tahun depan itu selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Tarikh-tarikh itu ialah 5, 6, 16, 17, 18, 19, 20, 26 dan 27 Januari (9 hari) diikuti 20, 21, 22, 23 serta 24, 27 dan 28 Februari (7 hari) selain 6, 7, 8, 9 ,10, 27, 28, 29 dan 30 Mac (9 hari).

“Saya faham kes ini juga mempunyai banyak permohonan, saya minta kerjasama semua pihak menyesuaikan dengan tarikh perbicaraan.

“Saya boleh melayan semua permohonan tetapi ia hendaklah sesuai dengan tarikh diberikan. Jika saya benarkan permohonan panggil saksi semula, maka ini tarikh yang wajar mahkamah tetapkan bagi mendengar saksi yang mungkin dipanggil semula,” kata hakim itu.

Sebelum ini, tarikh-tarikh perbicaraan bela diri yang telah ditetapkan selama lima hari bermula 5 hingga 9 Disember ini.

Kelmarin mahkamah dimaklumkan Siti Bainun diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari yang berakhir 19 Disember ini akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diperintah bela diri membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI