fbpx

Dalic akui Brazil pasukan pilihan juara Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALIC (tengah) mengetuai skuad Croatia menjalani latihan di kem latihan Padang 3 El Erssal, Doha menjelang aksi menentang Brazil pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 semalam. – AFP

DOHA – Pengendali Croatia, Zlatko Dalic seakan-akan melancarkan perang psikologi apabila melabelkan Brazil sebagai pasukan pilihan untuk memenangi aksi suku akhir di Stadium Education City, malam ini.

Walaupun skuad Vatreni masih lagi diperkuatkan oleh Luka Modric, Dejan Lovren, Ivan Perisic dan Marcelo Brozovic yang memacu pasukan muncul naib juara edisi 2018, Dalic merasakan pengalaman lalu tidak akan beri kelebihan ketara buat pasukannya.

Selepas mengharungi 120 minit ketika menumpaskan Jepun sebelum ini, faktor umur juga menjadi satu lagi kebimbangan buat Dalic bahkan kerisauan utama pasti menjurus kepada aspek kecergasan pemain.

“Apa yang saya lihat setakat ini, apabila kamu melihat semula barisan Brazil dan kualiti dimiliki pemain mereka, ia jelas menjadi sesuatu yang begitu menakutkan.

“Jadi kami perlu turun ke ge­langgang dengan penuh keyakinan dan cuba mencari peluang dan menikmati setiap detik perlawanan,” katanya.
Selain itu, Dalic merasakan keputusan 4-1 dicatatkan Brazil ketika menewaskan Korea Selatan pada aksi 16 terbaik memberikan isyarat jelas tentang kualiti yang ada pada juara lima kali itu.

Walaupun dihimpit isu kece­deraan pemain pada awal saingan, kehadiran semula beberapa tonggak utama seperti Neymar, Danilo dan pertahanan kiri, Alex Sandro menjadikan Brazil pasukan lebih kuat.

Keinginan Neymar untuk meletakkan namanya dalam sejarah bola sepak Brazil juga menjadi antara perkara yang merisaukan Dalic memandangkan penyerang Paris Saint-Germain itu sedang berada di tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak.

Satu gol yang dihasilkan ketika menewaskan Korea Selatan memastikan jaringan ke 76 Neymar dan jika mampu gegar gawang Croatia, nama pemain itu akan berada sebaris dengan legenda A Selecao, Pele yang kini merekodkan 77 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI