fbpx

Ahli Parlimen dalam jel muncul di billboard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Thepthai disunting di belakang imej jeriji penjara dengan ucapan Selamat Tahun Baharu. - Facebook

BANGKOK – Seorang bekas ahli politik Thailand yang dipenjarakan muncul dalam papan iklan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada pengundinya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Gambar Ahli Parlimen Demokrat, Thepthai Senpong dipaparkan pada iklan tahun baharu di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ia mendapat pelbagai reaksi penduduk di rantau tersebut.

Thepthai dan saudara lelakinya, Manote Senpong yang juga Ahli Parlimen Demokrat didapati bersalah atas penipuan pilihan raya kerana membeli undi semasa pemilihan Datuk Bandar di Nakhon Si Thammarat pada 2014.

Mereka kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dilarang menyertai sebarang aktiviti politik selama 10 tahun. Dua beradik itu dipenjara pada Julai lalu dan masih kekal di sana.

Keluarga itu terkenal di wilayah tersebut selepas memulakan kerjaya politik dan popular dalam kalangan pengundi. 

Papan iklan itu sebenarnya disewa oleh adik bongsu Thepthai, Pongsin Senpong dengan meletakkan gambar abangnya disebalik jeriji penjara.

“Selamat Tahun Baharu 2023! Anda akan menyayangi saya jika mengenali siapa saya yang sebenar. Thepthai Senpong,” demikian mesej pada papan iklan tersebut.

Penyokong keluarga Thepthai dan Senpong juga menyiarkan papan iklan itu di laman Facebook dengan puisi dalam kapsyen.

“Walaupun menderita di dalam penjara, Thepthai tidak takut, dan dia masih mempunyai keazaman yang kuat untuk berkhidmat kepada orang ramai.

“Thepthai akan bersedia untuk berkhidmat kepada orang ramai di Nakhon Si Thammarat sejurus selepas keluar dari penjara,” demikian hantaran tersebut.

Pongsin memberitahu bahawa papan iklan itu tiada berkaitan dengan kempen pilihan raya dan tidak ada perkara jahat di sebaliknya. 

Sesetengah netizen mendapati ia lucu, ada yang mengatakan bahawa papan iklan itu kreatif, manakala penyokong Thepthai berkata mereka tidak sabar untuk melihat ahli politik itu kembali apabila dia keluar dari penjara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI