fbpx
Rosmah ketika tiba di pekarangan Menara Dato Onn diringi seorang pengiring wanita.

Rosmah turut hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Beliau tiba di pekarangan Menara Dato Onn diringi seorang wanita yang dipercayai pegawai pengiringinya.

Kehadiran beliau menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan media yang berkumpul di pekarangan bangunan tersebut sejak pukul 7 malam.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk cuba menemubual Rosmah gagal dan dihalang oleh pegawai pengiringnya sambil tidak membenarkan gambarnya dirakam.

Difahamkan, Rosmah akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat MKT ketika ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR