fbpx

Personaliti terpuji Eun-woo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHA EUN-WOO

SELEBRITI terkemuka Korea Selatan, Cha Eun-woo ternyata sangat disenangi ramai dalam kalangan peminat ketika menghadiri pertunjukkan fesyen Dior’s Men Fall 2023 di Mesir baru-baru ini.

Bintang itu bukan sahaja menambat hati ramai dengan ketampanannya, malah disifatkan berhati mulia.

Sebelum bergerak meninggalkan Mesir di lapangan terbang Kaherah, duta Dior & Dior Beauty itu dilihat sangat ikhlas mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya.

Eun-woo muncul di lapangan terbang dengan dikelilingi pengawal peribadi dan pasukannya untuk berlepas ke Korea.

Pelakon filem Decibel itu meninggalkan pasukannya dan bergerak ke hadapan untuk melambai ke arah peminat sambil menunjukkan isyarat hati.

Tersentuh dengan kelakuannya, peminat menggelarkan Eun-woo sebagai seorang lelaki baik yang merendah diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI