fbpx

162 terima darjah, pingat kurniaan Pemangku Raja Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Yusri menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Balai Rung Seri Istana Abu Bakar hari ini.

PEKAN – Seramai 162 individu menerima darjah dan pingat kebesaran Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yang Arif Datuk Indera Abd Halim Aman mendahului senarai antara 12 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Turut menerima darjah yang sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf; dan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Zaini Jass juga merupakan antara penerima SSAP.

Dalam masa sama, seramai 45 penerima dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk antaranya ialah Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Mohd Yusri Othman; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari.

Di dalam majlis berkenaan juga, seramai empat individu telah dikurnia Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera antaranya ialah Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Manakala seramai 11 penerima pula telah dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Dr. Mohd Zakaria Ibrahim dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

Selain itu juga seramai lapan individu menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) 13 penerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), sembilan penerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 15 penerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Manakala seramai 17 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 14 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 14 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Majlis istiadat berkenaan telah diadakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bertempat di Balai Rung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Turut mencemar duli Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandarian serta anakanda baginda.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan barisan Exco Kerajaan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI