fbpx

Polis terima sumbangan 30 buah bot daripada 7-Eleven

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (kiri) melihat sumbangan bantuan bencana banjir disumbangkan 7- Eleven di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan bot penyelamat dan bantuan makanan daripada 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.

Majlis penyerahan sumbangan itu berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya, Presint 8 di sini tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sumbangan diterima membabitkan 30 buah bot penyelamat, 15 buah enjin 20HP, 15 buah enjin 15HP dan 300 helai jaket keselamatan selain makanan.

Beliau berkata, sumbangan ini amat signifikan kerana ia kelak akan digunakan bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.

“Bot penyelamat itu akan diagihkan kepada beberapa jabatan termasuk dua unit ke Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando (2), Pasukan Simpanan Persekutuan (9), Pasukan Polis Marin (5) dan Pasukan Gerakan Am (12).

“Penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima ini akan membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan PDRM khususnya dalam operasi banjir,” katanya.

Teks ucapan Acryl Sani dibacakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali yang turut menjadi wakil menerima sumbangan itu.

Katanya, pihaknya juga berbesar hati menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas yang juga akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir semasa operasi menyelamat kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI