fbpx

Selangor semak semula dengan MOF peruntukan tebatan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menyemak semula dengan Kementerian Kewangan (MOF) sama ada peruntukan RM4.7 bilion bagi projek tebatan banjir daripada kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri sebelum ini turut dihentikan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, semakan segera akan dilakukan beliau susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Adakah (RM7 bilion yang dibatalkan itu) termasuk dengan peruntukan RM4.7 bilion yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kerajaan Selangor.

“Saya kena semak semula kerana ada beberapa projek itu yang mendesak (untuk dilaksanakan).

“Malah pada bulan Januari ini, surat setuju terima (akan diberikan kepada syarikat yang mendapat tender projek tebatan banjir itu),” katanya ringkas di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang diluluskan kerajaan terdahulu dihentikan dan perlu diteliti semula.

Anwar menegaskan keputusan untuk tidak meneruskan kelulusan projek itu diputuskan berikutan ia diberikan tanpa tender teratur serta melalui proses rundingan terus. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI