fbpx

Piala Dunia: England tepati ramalan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE membuka akaun jaringan pada kempen kali ini selepas meledak gol kedua England ketika menewaskan Senegal awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Penggempur England, Harry Kane mengakui sangat puas dengan aksi dipamerkan oleh rakan sepasukannya yang berjaya membawa England ke suku akhir selepas menundukkan Senegal 3-0 awal pagi semalam.

Kejayaan itu menyaksikan England berjaya mara ke pe­ringkat tersebut dalam tiga kejohanan utama secara berturut-turut dan bakal membuat perhitungan dengan Perancis untuk merebut tempat ke pusingan empat pasukan terbaik.

“Pusingan kalah mati sentiasa menjadi perlawanan yang sukar, namun kami telah menunjukkan kematangan. Kami turun dengan mentaliti yang betul dan berada pada tahap tertinggi, kami sempurnakan setiap peluang yang hadir,” kata Kane.

Pada perlawanan tersebut, Kane berjaya meledak gol kedua England sekali gus menjadi ja­ringan pertamanya pada kempen kali ini, selain dia ketika ini hanya dibezakan satu gol dengan rekod penjaring terbanyak England, Wayne Rooney.

Kane turut memuji persembahan pemain muda England se­perti Bukayo Saka yang meledak gol ketiga, sementara Phil Foden melakukan dua umpanan gol, manakala Jude Bellingham terlibat secara langsung dalam gerakan untuk menghasilkan dua gol pasukan itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate percaya bahawa para pemainnya telah menemui tahap terbaik permainan mereka.

“Kami menjadikan aksi sukar kali ini nampak lebih mudah de­ngan permainan seperti itu. Mentaliti dan sikap semua pemain juga telah membuatkan kami menikmati kejayaan ini.

“Namun, kami akan berdepan cabaran yang besar (menentang Perancis). Mereka adalah juara dunia dan mempunyai pemain yang sangat berbakat. Turun menentang mereka sentiasa menjadi aksi yang sukar dan tidak mudah buat kami untuk meledak gol.

“Ia akan menjadi satu lagi cabaran hebat. Kami akan me­nguji sejauh mana pasukan ini mampu melangkah dalam kempen kali ini apabila berdepan mereka nanti,” jelas Southgate. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI