fbpx
Kejadian itu berlaku di sebuah masjid di Katsina yang bersempadan dengan Niger. - Atr News

Lelaki bersenjata lepas tembakan di masjid Nigeria, bunuh 12 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA, Nigeria – Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di Katsina, Nigeria dan membunuh kira-kira 12 jemaah termasuk ketua imam, sebelum menculik sebilangan yang lain, lapor laman berita Wion News semalam.

Polis Katsina yang mengesahkan serangan itu berkata, beberapa jemaah yang diculik berjaya diselamatkan dengan bantuan penduduk setempat.

Serangan berlaku di Aasjid Maigamji apabila sekumpulan lelaki bersenjata tiba dengan menaiki beberapa buah motosikal dan melepaskan tembakan rambang, menyebabkan jemaah lari untuk menyelamatkan diri, kata penduduk bandar Funtua, Lawal Huruna kelmarin.

Penduduk tempatan berkata, sekurang-kurangnya 12 orang ditembak termasuk ketua imam. 

“Kumpulan itu kemudian mengumpulkan orang ramai dan menculik mereka,” kata seorang lagi penduduk, Abdullahi Mohammed.

Serangan itu adalah yang terbaharu di Nigeria. Kejadian serupa berlaku sebelum ini di mana kumpulan penyamun bersenjata telah membunuh dan menculik orang ramai untuk meminta wang tebusan.

Kedudukan Katsina yang bersempadan dengan negara jiran, Niger berisiko tinggi kerana penyamun bergerak bebas antara kedua-dua negara. 

Kumpulan samseng itu turut menuntut penduduk tempatan membayar wang  perlindungan untuk menuai hasil tanaman dan ladang mereka. – Agensi

 

POPULAR