fbpx

Ular sawa menyorok dalam bonet kereta lepas belit kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya menangkap seekor ular sawa yang menyorok dalam bonet sebuah kenderaan di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, di sini, pagi semalam. -Foto IHSAN APM

KUALA PILAH – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa yang menyorok dalam bonet sebuah kenderaan di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, di sini, pagi semalam.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya ke lokasi kira-kira pukul 10 pagi selepas menerima panggilan dari penduduk lelaki berusia lingkungan awal 40an.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, ular sawa tersebut dilihat menyorok di dalam bonet setelah membelit seekor kucing di bawah kereta sehingga mengakibatkan kucing itu terbunuh.

“Penduduk menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan kerana ular itu bertindak agresif. Anggota APM mengambil masa kira-kira empat minit untuk menangkap ular sawa dengan anggaran berat tujuh kilogram itu.

“Ular itu telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau lagi, ini merupakan kali pertama pihaknya menerima panggilan untuk menangkap ular sawa yang menyorok dalam bonet kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI