fbpx

Amaran hujan berterusan di enam negeri tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan (waspada) di enam negeri hari ini, yang telah dikeluarkan semalam pada pukul 5.30 petang.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan dan Terengganu dijangka bertambah baik.

“Amaran hujan berterusan (waspada) untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI