fbpx

Aktivis lancar protes dalam restoran Salt Bae diheret keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja mengheret aktivis yang mengadakan protes keluar dari restoran. - Twitter

LONDON – Sekumpulan aktivis diheret keluar dari sebuah restoran stik mewah di tengah London selepas melancarkan protes dalam premis tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.

Lapan aktivis itu telah menyasarkan restoran Nusr-et di Knightsbridge milik cef pempengaruh terkenal, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae.

Salt Bae tular kerana kaedah unik yang digunakannya untuk meletakkan garam pada stik.

Kemahirannya membawa kejayaan berbilang restoran di seluruh dunia termasuk di London.

Restoran itu menarik perhatian ramai dengan menunya yang mahal termasuk stik ‘tomahawk emas’ yang dibalut kertas emas 24 karat.

Persatuan Animal Rebellion telah menghantar kumpulan itu untuk mengadakan protes di restoran berkenaan. 

Mereka dilihat duduk di meja yang dikhususkan untuk pelanggan selain memegang ‘menu olok-olok’.

Video yang disiarkan oleh Animal Rebellion memaparkan salah seorang ahli diusung keluar dari restoran. 

Bunyi bising yang kuat didengari di dalam restoran ketika pekerja menghalau aktivis-aktivis itu keluar.

Polis Metropolitan kemudian hadir di tempat kejadian sebelum mengesahkan bahawa penunjuk perasaan itu sudah meninggalkan restoran tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI