fbpx
Seorang anggota polis membuang undi awal di IPD Kulim, hari ini. - FOTO/ SHAHIR NOORDIN

PRU15: 74 anggota polis undi awal di Parlimen Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai yang melibatkan 74 anggota polis berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada pagi ini.

Anggota polis mula membuang undi kira-kira pukul 8 pagi tadi dan proses tersebut dijangka tamat pada pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, jumlah anggota yang sepatutnya mengundi adalah seramai 76 orang, namun dua daripada mereka tidak hadir pada proses tersebut.

“Seorang anggota meninggal dunia manakala seorang lagi dibuang kerja,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi awal di IPD Kulim di sini hari ini.

Katanya, setakat ini proses undi awal berjalan lancar dengan penugasan dan kawalan oleh 22 pegawai dan anggota polis.

Dalam pada itu, Wan Hassan memberitahu, pihaknya menerima lima laporan sepanjang kempen berlangsung dengan siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan termasuk melibatkan kenyataan dilakukan seorang calon yang mana kita akan rujuk pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR