fbpx
AUSTRALIA mengiringi Perancis sebagai naib juara Kumpulan D mara ke pusingan kalah mati selepas merakam kemenangan ke atas Denmark pada aksi terakhir. – AFP

Piala Dunia: Australia menagih tuah Stadium Ahmad Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Australia sekali lagi mengharapkan tuah Stadium Ahmad Ali untuk menghadapi ujian getir menentang Argentina di pusingan 16 terbaik di venue itu awal pagi esok.

Stadium itu pernah memberikan cerita gembira buat Australia ketika menewaskan Peru 5-4 menerusi penentuan penalti aksi playoff pada 14 Jun tahun lalu sekaligus mengesahkan slot ke Piala Dunia kali ini.

Pertahanan Australia, Harry Souttar akui seluruh pasukan masih lagi segar dengan kejayaan itu dan mahu cuba mengulangi kejayaan sama.

“Sudah pasti seluruh pemain memiliki memori indah di stadium ini dan saya harap kami akan dapat lakukannya sekali lagi.

“Kami perlu harungi proses pemulihan dengan lebih baik dan kena pastikan setiap pemain berada dalam keadaan bersedia. Sudah pasti ia akan jadi perlawanan yang hebat dan saya tidak sabar lagi untuk turun beraksi pada perlawanan itu,” katanya.

Terdahulu, kemenangan 1-0 ke atas Denmark pada aksi terakhir Kumpulan D, Rabu lalu memastikan kejayaan Australia mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 2006, mengiringi juara bertahan, Perancis yang muncul juara kumpulan.

Bintang Stoke City itu menyifatkan kejayaan ini sebagai sesuatu yang membanggakan dan merasakan Australia makin menunjukkan perkembangan positif. – AGENSI

– AGENSI

POPULAR