fbpx

Perkhidmatan kereta api tergendala, kejadian bom di Sadao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan kereta api SRT tergendala buat sementara waktu susulan kejadian pengeboman berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand, hari ini.

PADANG BESAR – Satu kejadian pengeboman dilaporkan berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand sehingga menyebabkan perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Stesen Padang Besar tergendala, hari ini.

Menurut sumber, kejadian pada pukul 2 petang itu telah menyebabkan gerabak kereta api berhampiran stesen berkenaan tergelincir daripada landasan sekali gus terbalik.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, sumber turut memaklumkan landasan kereta api itu terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Ujarnya, pengoperasian semula landasan berkenaan juga akan dimaklumkan selepas kerja-kerja baik pulih itu selesai dijalankan oleh berkaitan.

Difahamkan, tiada mana-mana rakyat malaysia turut dilaporkan terlibat dalam kejadian itu memandangkan kereta api berkenaan tidak membawa muatan penumpang.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae merupakan antara laluan penghubung buat pengguna dari Padang Besar yang ingin ke Hatyai, Thailand dengan menggunakan perkhidmatan rel.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI