fbpx

Lima kenderaan rosak dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba dalam usaha memotong pokok tumbang yang menghempap kenderaan pagi ini.

PETALING JAYA – Lima kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di sebuah apartment di Damansara hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai sembilan anggota daripapda Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi selepas menerima laporan pada pukul 8.35 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan parkir kenderaan Blok A, Apartment Pelangi Damansara.

“Kita menerima laporan mengenai kejadian pokok tumbang yang telah menghempap lima buah kenderaan iaitu dua Produa Axia, Produa bezza, Proton Wira dan Proton Saga.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kerja-kerja mengalihkan dahan pokok tersebut juga berjaya diselesaikan oleh anggota bomba sekitar pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI