fbpx

Lelaki Belgium simpan 50 kereta Porsche dalam garaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dirickx bersama sebahagian daripada koleksi kereta Porsche di dalam sebuah garaj miliknya di Antwerp baru-baru ini. - Foto Theodor Barth

ANTWERP – Seorang lelaki berketurunan Belgium, Johan-Frank Dirickx mempunyai koleksi kira-kira 50 buah kereta Porsche yang disimpannya di dalam sebuah garaj di Antwerp, lapor portal berita newsroom pada Khamis.

Dirickx memulakan koleksinya dengan sebuah Porsche berwarna kuning iaitu 911 Carrera RS 2.7 liter dan sejak itu minatnya terhadap jenama berkenaan semakin mendalam dan sehingga kini dia mempunyai 50 buah kereta itu.

Dia memberitahu majalah Porsche Christophorus: “Datuk saya memandu kereta sport British tetapi tidak merasakan ia praktikal untuk kegunaan harian. Saat itu mengubah segala-galanya.”

Porsche merupakan kereta sport keluaran Jerman dan syarikat automotif itu diasaskan di Stuttgart, Jerman pada tahun 1930an.

Datuk lelaki itu mula membeli Porsche berpandukan kepada naluri cucunya.

Apabila kereta Carrera RS 2.7 berwarna kuning terang menyertai barisan pembelian datuknya, dia mula menyedari telah ketagih secara rasmi terhadap kenderaan Porsche, kata Dirickx.

Sebaik sahaja dia lulus ujian memandunya, datuknya membenarkan dia memandu sendiri kereta 911 daripada jenama itu dan dia kemudian membeli Porsche pertamanya iaitu 911 T terpakai ketika baru sahaja berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, tanpa bajet untuk baik pulih, dia terpaksa menjual kereta itu semula tidak lama kemudian. 

Namun, Dirickx tidak mempunyai pilihan selain menikmati kenderaan datuknya semasa belajar dalam bidang ekonomi dan kini dia telah membina koleksi kereta tersebut sehingga kepada kira-kira 50 buah yang mempunyai warna berbeza, tahun, enjin dan nilai yang berlainan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI