fbpx

KJ harap Zaliha beri khidmat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (kanan) dan Khairy (kiri).

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ucap tahniah atas pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

Melalui hantaran di akaun Twitter miliknya, Khairy berkata dengan pelantikan itu diharapkan Zaliha dapat memberi perkhdimatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah melalui akaun Twitternya juga memaklumkan Zaliha merupakan wanita pertama menerajui kementerian berkenaan.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr Zaliha Mustafa
atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan. Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan pentadbiran dan pengurusan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan negara. Bersama kita membawa perubahan!,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 Menteri dilantik di bawah Kabinetnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI