fbpx

Gempa bumi Cianjur: Fasa 1 bina 14,490 rumah rosak akan dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak mangsa gempa bumi berjalan melepasi sebuah rumah runtuh di kampung Cugenang di Cianjur, Jawa Barat kelmarin. - AFP

JAKARTA – Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy berkata, sebanyak 14,490 rumah yang rosak akibat gempa bumi di Cianjur akan dibina semula oleh pemerintah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Jumlah itu berdasarkan data daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) setakat 20 November lalu.

“Sebanyak 14,490 rumah didapati rosak dan telah disahkan oleh BNPB. Sementara itu, kata Ketua BNPB, data itu dikumpulkan untuk fasa pertama proses pembangunan kediaman oleh BNPB, pemerintah wilayah dan Kementerian Kerja Raya dan Penempatan Manusia (PUPR).

“Data itu ditutup buat sementara waktu. Supaya tidak bertindih, ia akan dimuktamadkan jadi kita anggap ia Fasa 1. Nanti kita tutup dan sambung dengan Fasa 2,” katanya kelmarin.

Menurut Muhadjir, pengurusan bencana di Cianjur semakin tersusun berdasarkan laporan Ketua BNPB, Suharyanto dan Ketua Daerah Cianjur, Herman Suherman. Dari segi bantuan, khemah, pakaian, makanan dan logistik telah dihantar ke tempat-tempat terpencil.

“Termasuk mereka yang tinggal di kawasan terpencil sudah boleh mendapatkan bantuan. Keadaan sekarang berjalan lancar,” katanya.

Gempa cetek itu berlaku pada 21 November lalu di Cianjur, Jawa Barat. Pemerintah menetapkan status darurat bencana alam gempa bumi selama 30 hari sehingga 20 Disember 2022. – Agensi

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI