fbpx

‘6 Ahli Kabinet dari Perak mampu tarik pelabur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-15 di Kuala Kangsar hari ini. - FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak yakin bahawa pelantikan enam individu sebagai anggota Kabinet mampu menarik pelabur sekali gus membawa kemajuan pada negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keenam-enam mereka telah diberi kepercayaan untuk memikul amanah bagi mengemudi beberapa kementerian yang penting.

“Mudah-mudahan dengan adanya lantikan tersebut sedikit sebanyak dapat melonjakkan kemajuan dalam negeri Perak sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pelantikan ahli kabinet dari negeri ini diharapkan akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melihat Perak sebagai tempat perlaburan baharu di Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 Menteri.

Jumlah saiz itu, termasuk Anwar yang memegang portfolio Menteri Kewangan adalah lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan sebelum ini.

Lima anggota kabinet lain yang dilantik dari Perak termasuk Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Bekas Menteri Besar Perak ke-11, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula dilantik sebagai Menteri Luar Negeri dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyandang jawatan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, V.Sivakumar selaku Ahli Parlimen Batu Gajah turut dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dilantik sebagai Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI