fbpx
Jeremy Lin - AFP

Bekas bintang NBA didenda 10,000 yuan kerana kritik kemudahan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Bekas pemain yang menyertai Liga Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan di Amerika Utara (NBA), Jeremy Lin didenda 10,000 yuan (RM6,246) kelmarin kerana mengkritik kemudahan kuarantin Covid-19 di China, lapor portal berita Wion News. 

Ia berlaku ketika kerajaan cuba membanteras demonstrasi penduduk awam bagi menentang pelaksanaan beberapa langkah antivirus Covid-19 di negara komunis tersebut yang dianggap sebagai paling ketat pernah diadakan di dunia.

Susulan protes hujung minggu ini di Shanghai dan tempat-tempat lain, sejumlah penunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan Presiden China, Xi Jinping dan melonggarkan sekatan antiCovid-19 bagi membolehkan pusat beli-belah, pasar raya dan perniagaan lain dibuka semula. 

Parti Komunis yang kini berkuasa di negara berkenaan cuba untuk menutup mulut para pengkritik tentang pendekatan sifar Covid-19 yang telah menyebabkan berjuta-juta penduduk terpaksa berada di dalam rumah mereka. 

Lin yang kini bermain untuk Kelab Bola Keranjang Loong Lions didapati membuat kenyataan yang tidak wajar tentang kemudahan berkaitan hotel kuarantin yang mana pasukannya menginap pada Rabu sebelum perlawanan, kata Persatuan Bola Keranjang China.

Ia berkata, kenyataan tersebut menimbulkan kesan buruk kepada liga bola keranjang di China.

Sebelum perlawanan pada minggu depan di Zhuji iaitu sebuah bandar di selatan Shanghai di wilayah Zhejiang, Lin dilaporkan telah merakamkan video yang mengadu tentang keadaan kemudahan senaman di hotel tersebut. – Agensi

POPULAR