fbpx

Apabila Fiza, Fatin WHI gelak tak ingat dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pengacara wanita, Fiza Sabjahan dan Fatin Hamimah yang tidak boleh berhenti menahan ketawa ketika siaran langsung WHI baru baru ini tular dalam TikTok.

PENGACARA Fiza Sabjahan dan rakan sekerjanya, Fatin Hamimah menggeletek hati netizen apabila gelagat ‘ketawa’ mereka ketika siaran langsung Wanita Hari Ini (WHI) tular dalam media sosial baru-baru ini.

Aksi lucu tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok WHI yang sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan.

Dalam video tersebut, Fiza tidak dapat menahan gelaknya apabila membayangkan dia akan menyertai kumpulan marhaban satu hari nanti.

“Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita pun mungkin akan menyertai kumpulan Marhaban nanti,” katanya.

Perkara itu disambut oleh Fatin sehingga kedua-dua mereka tidak berhenti tergelak ketika bersiaran langsung.

Meskipun begitu, rata-rata netizen memahami situasi Fiza yang kelihatan sukar untuk berhenti daripada silent laugh tersebut.

“Ingat senang ke untuk normal semula selepas terjebak dengan ‘silent laugh’,” komen netizen.

“Saya pun automatik tergelak melihat aksi mereka, Fiza memang susah nak tahan ketawa!” kata seorang pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI