fbpx
TAHANAN perang wanita Ukraine yang dibebaskan bergambar di sebuah lokasi tidak dikenali di Ukraine pada 17 Oktober lalu. - AFP

1,300 tahanan perang diserahkan kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV – Lebih 1,300 tahanan te­lah dikembalikan kepada Ukraine sejak tentera Russia menakluki negara pro-Barat berkenaan, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kelmarin.

Zelenskyy bercakap selepas pertukaran tahanan baharu antara Ukraine dengan Russia dan militia pro-Russia diadakan.

“Selepas pertukaran hari ini (kelmarin), terdapat seramai 1,319 wira (askar Ukraine) yang pulang ke tanah air.

“Kami tidak akan berhenti sehingga kami mendapatkan semula semua orang kami,” kata Zelenskyy dalam satu kenyataan di laman perkongsian gambar Instragram yang turut memaparkan berpuluh-puluh lelaki me­ngibarkan bendera Ukraine.

Menurut Andriy Yermak yang merupakan ketua staf Zelenskyy, seramai 50 rakyat Ukraine telah kembali.

“Kami memulangkan pelin­dung Mariupol dan Azovstal, kami mengembalikan tahanan yang berada di Olenivka dan mereka yang cedera khususnya semasa pertempuran di rantau Donetsk, Lugansk dan Zaporizhzhia,” kata Yermak menerusi Telegram.

Pada Julai lalu, berpuluh-puluh askar Ukraine mati selepas penjara Olenivka yang dikawal Russia di rantau Donetsk dibom. Russia dan Ukraine saling melemparkan tuduhan pihak satu lagi melancarkan serangan udara tersebut.

Rakyat Ukraine yang ditahan di penjara itu termasuk anggota batalion Azoz yang mempertahankan kilang besi Azovstal di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine sebelum mereka menye­rah diri kepada Moscow.

Kementerian Pertahanan Russia menyatakan kelmarin, pihaknya menerima 50 tahanan perang ‘yang nyawa mereka terancam semasa dalam tahanan’.

Dalam satu pertemuan bersama pertubuhan Palang Merah pada Oktober lalu, Russia memberitahu bahawa ia menahan sekitar 6,000 tahanan perang Ukraine. – AFP

POPULAR