fbpx

PEH22 platform kongsi idea industri halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang menghadiri Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 (PEH22) selama dua hari berakhir hari ini.

BANGI – Buat julung-julung kali, satu persidangan peringkat nasional membabitkan eksekutif halal dan pengamal industri halal dari seluruh negara telah berlangsung di Pusat Konvesyen Bangi Avenue di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 (PEH22) itu menjadi platform berkongsi idea yang melibatkan pengamal pensijilan halal pelbagai industri.

Beliau berkata, PEH22 memberi peluang kepada eksekutif halal dan pengamal industri halal mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan berkaitan halal.

“Kta berjaya menarik penyertaan lebih 200 orang eksekutif halal yang sedang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Amir Hamzah yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur berkata, PEH22 dianjurkan secara bersama oleh Kolej UNITI Port Dickson dan Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) selain mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri selain penglibatan syarikat-syarikat terkemuka tempatan.

Katanya, peserta PEH22 turut berpeluang mengikuti forum membabitkan pakar-pakar bidang berkaitan halal termasuk dari Institut Pertanian Bogor (IPB) University, Jawa Barat, Indonesia.

Pada persidangan sulung ini, seramai 20 panel terdiri daripada pegawai kanan agensi kerajaan berkaitan termasuk JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor, Halal Development Corporation Berhad, syarikat-syarikat terkemuka dan industri tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI