fbpx

Mahkamah: Lelaki berdepan hukuman gantung edar 23.1kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 23.1 kilogram di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 23.1 kilogram, bulan lalu.

Tertuduh, Lau Siong Poh, 50, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah jenis syabu dengan berat kasar 23,188 gram yang disenaraikan dalam di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12.10 tengah malam di Jalan Baiduri 8, Pulau Melaka, dalam daerah Melaka Tengah pada 11 November lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 16 Januari tahun hadapan bagi sebutan semula kes dan serahan laporan kimia berat sebenar dadah.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! pada 22 November lalu melaporkan polis memberkas seorang lelaki selepas dipercayai cuba menyeludup keluar dadah jenis syabu seberat 23.1 kilogram bagi memenuhi pasaran antarabangsa menggunakan kereta milik keluarganya.

Suspek telah dikepung 18 pegawai dan anggota polis, termasuk anggota Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Melaka dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan jenis Saga BLM dipandu menemukan tiga beg galas berisi syabu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI