fbpx

Kes demam denggi meningkat, 37 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 47/2022 iaitu dari 20 hingga 26 November lalu mencatatkan peningkatan sebanyak 141 kes atau 8.9 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu tersebut, sejumlah 1,734 kes dilaporkan berbanding 1,593 kes pada ME 46/2022, namun tiada kematian dicatatkan akibat komplikasi demam denggi.

Menurut beliau, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini berjumlah 56,304 kes berbanding 23,547 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 32,757 kes (139.1 peratus).

“Manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

“Sebanyak 54 lokaliti hotspot dilaporkan minggu ini berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 25 lokaliti membabitkan Selangor diikuti 19 lokaliti di Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Perak (dua) dan Sarawak (satu),” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, survelan chikungunya merekodkan sebanyak 18 kes pada minggu ke-47 dengan t11 kes di Pulau Pinang, empat kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,939 sampel darah dan 17 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI