fbpx

Anwar menghadap Sultan Nazrin, walkabout di Tanjung Rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) dan Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini selepas tiba dari ibu kota pagi tadi.

Pertemuan antara beliau dan Sultan Nazrin tersebut berlangsung bermula pukul 10.50 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Selesai menghadap Sultan Nazrin, Anwar mengadakan walkabout di Pasar Tanjung Rambutan di sini dengan disambut orang ramai yang menantikan kehadirannya di sana.

Perdana Menteri seterusnya akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh sebelum menghadiri Kenduri Rakyat di Taman Jati di sini.

Beliau seterusnya dijadualkan berlepas ke Pangkalan Udara Subang dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini sejurus selesai menghadiri Kenduri Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI