fbpx
JERMAN tidak mempunyai pilihan lain kecuali menewaskan Costa Rica selain mengharapkan bantuan Sepanyol membenam Jepun. – AFP

Piala Dunia: Jerman harapkan ihsan Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Penyerang Jerman, Thomas Muller mengakui bahawa pasukannya itu tetap me­rendah diri menjelang misi ‘hidup mati’ mereka pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 ketika menentang Costa Rica awal pagi esok.

Mimpi ngeri pada 2018 apabila tersingkir awal pada Piala Dunia Russia masih segar dalam fikiran mereka meskipun Jerman dianggap pasukan pilihan untuk me­ngatasi Costa Rica esok sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Bagaimanapun, Jerman dilihat berdepan tekanan kerana mereka bukan sahaja perlu me­ngatasi Costa Rica, tetapi perlu menang dengan jumlah jari­ngan besar serta mengharapkan bantuan Sepanyol menewaskan Jepun bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Jerman kini menduduki tangga tercorot kumpulan dengan hanya satu mata daripada dua perlawanan, sekali gus berisiko sekali lagi tersingkir di pusingan pertama selepas berdepan nasib yang sama empat tahun lalu.

“Apabila para pemerhati dan peminat melihat perlawanan ini akan memihak kepada kami, jelas bahawa kami perlu melakukan yang terbaik untuk mencatat kemenangan.

“Apapun, kami tetap merendah diri kerana ketika ini kami hanya meraih satu mata dan tidak ada sebab untuk kami gembira pada saat ini.

“Mungkin ada sedikit kelegaan kerana kami tahu bahawa Jerman masih mempunyai peluang untuk menuju ke pusingan 16 terbaik.

“Jadi, kami perlu memastikan terdapat peningkatan dan turun dengan perlawanan berbeza kali ini,” kata Muller.

Jerman berpeluang untuk layak sekiranya berjaya meraih mata penuh menentang Costa Rica dan pada masa yang sama, Sepanyol perlu menghalang Jepun mengutip sebarang mata dengan memenangi perlawanan berkenaan. – AGENSI

POPULAR